Tuesday, January 26, 2010

Kupasan Gagasan 1Malaysia

Utusan Malaysia - Isnin, 18 Januari 2010

TAJUK buku: Gagasan Najib: 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim & Mohamad Shah A'shaari

Penerbit: WARISAN INKED

ISBN: 978-967-5403-05-7

Harga: RM175.00 (Kulit Keras)

Pengulas: Dr. Wan Ab. Kadir Wan Dollah

Buku Gagasan Najib: 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan merupakan sebuah buku yang mengupas gagasan agung cetusan minda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk penyatuan rakyat, kemakmuran masyarakat dan kesejahteraan negara.

Gagasan ini terbina di atas landasan keikhlasan, satu matlamat ke arah kemajuan negara berterusan yang wajar dipaparkan kepada semua warganegara dengan rasa penerimaan yang polos dari jiwa.

Buku dengan 16 bab ini bermula dengan kupasan tentang Lapan Nilai Teras 1Malaysia meliputi definisi, perbezaan antara konsep 1Malaysia dengan Konsep Malaysian Malaysia, kedudukan konsep 1Malaysia, hubungan konsep 1Malaysia dengan dasar-dasar kerajaan terdahulu, matlamat, nilai-nilai 1Malaysia, budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan, integriti dan juga kesimpulan.

Seterusnya, buku ini membincangkan bagaimana gagasan 1Malaysia boleh menjadi nafas baru kepada perpaduan nasional, makna 1Malaysia yang sebenar, peranan perkhidmatan awam, media massa, sektor swasta, organisasi korporat, serta peranan badan-badan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

1Malaysia ibarat bunga yang harum, memarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan rakyat, mencuar aspek integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia serta pemacu mempercepatkan pencapaian Wawasan 2020. Perpaduan hanya boleh dicapai andai seluruh rakyat faham, menghayati, mengamalkan nilai murni, teras aspirasi dan perpaduan.

1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi iaitu jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara, pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang dipikul, mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin cemerlang dan komited memiliki kebolehan tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat jelata.

1Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Turut dibincang dan dikupas adalah bagaimana 1Malaysia boleh menyatukan pemikiran dan perjuangan, kenapa penjelasan tentang gagasan 1Malaysia ini penting kepada masyarakat, latar belakang konsep 1Malaysia, maksud konsep 1Malaysia, ciri-ciri khusus 1Malaysia serta nilai-nilai utama 1Malaysia.

Buku ini juga memberi penjelasan bagaimana semua agama relevan dalam menjayakan gagasan 1Malaysia, kupasan tentang gagasan 1Malaysia dalam konteks Piagam Madinah di mana beberapa perkara telah diberi keutamaan seperti pendekatan yang adil, perubahan, pengisian di bidang pendidikan, mengubah pandangan skeptikal dan lain-lain lagi.

Bab seterusnya memaparkan tentang latar belakang, kejayaan dan keperibadian Najib, impian sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam, gagasan 1Malaysia dari kacamata beliau dan perbincangan tentang konsep 1Malaysia yang tidak rigid dan bakal mengalami evolusi.

Seterusnya dipaparkan tentang gagasan 1Malaysia dalam konteks kelangsungan kegemilangan, petunjuk prestasi utama, gagasan 1Malaysia sebagai teras memperkukuhkan perpaduan dan lain-lain lagi.

Selain itu, turut dimuatkan adalah harapan Najib kepada penjawat awam, kupasan tentang penjawat awam dalam konteks mendepani cabaran ekonomi, cabaran pentadbiran termasuk modenisasi sektor awam dan juga budaya kecemerlangan.

Seterusnya harapan Najib kepada generasi belia, ucapan beliau selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia keenam, serta ucapan beliau sempena 100 hari beliau bersama rakyat.

Buku ini turut memaparkan kupasan tentang empat teras utama pembangunan negara iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, meringankan beban rakyat, terutama golongan mudah terjejas, membantu sektor swasta menghadapi krisis dan membina keupayaan masa depan.

Gagasan Najib 1Malaysia kini mula dipasarkan

Berita Harian - Selasa, 26 Januari 2010

Oleh Nor Azma Laila

BAGI mengupas konsep 1Malaysia, cetusan minda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk penyatuan rakyat, kemakmuran masyarakat dan kesejahteraan negara, dua penulis, Syed Mahadzir Syed Ibrahim dan Prof Madya Mohamad Shah A'shaari menghasilkan buku `Gagasan Najib: 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Buku yang mempunyai 16 bab ini memulakan pengisiannya dengan kupasan mengenai lapan nilai teras 1Malaysia meliputi definisi, perbezaan antara konsep 1Malaysia dengan konsep Malaysian Malaysia, kedudukan dan hubungan konsep 1Malaysia, budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan, integriti dan juga kesimpulan.

Turut dibincangkan ialah bagaimana gagasan 1Malaysia boleh menjadi nafas baru kepada perpaduan nasional, makna 1Malaysia yang sebenarnya, peranan perkhidmatan awam, media massa, sektor swasta, organisasi korporat serta peranan badan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat dalam merealisasikan konsep 1Malaysia.

Selain itu, kupasan turut dilakukan mengenai bagaimana gagasan itu boleh menyatukan pemikiran dan perjuangan, kenapa penjelasan mengenai konsep itu penting kepada masyarakat, latar belakang, maksud, ciri-ciri dan nilai utama 1Malaysia.

Buku ini juga memberikan penjelasan bagaimana agama juga relevan dalam menjayakan gagasan 1Malaysia, kupasan mengenai gagasan itu dalam konteks Piagam Madinah di mana beberapa perkara diberi keutamaan seperti pendekatan yang adil, perubahan, pengisian di bidang pendidikan dan mengubah pandangan skeptikal.

Terdapat juga bab yang memaparkan latar belakang, kejayaan dan peribadi Najib termasuklah impian beliau sebagai perdana menteri ke enam, gagasan 1Malaysia dari kacamata beliau dan perbincangan mengenai konsep 1Malaysia yang tidak terhad dan bakal mengalami evolusi.

Kupasan turut dipaparkan mengenai gagasan 1Malaysia dalam konteks kelangsungan kegemilangan, petunjuk prestasi utama dan gagasan 1Malaysia sebagai teras memperkukuhkan perpaduan dan harapan Najib kepada penjawat awam dalam konteks mendepani cabaran pentadbiran serta budaya kecemerlangan.

Mohamad Shah yang juga bekas Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, kebanyakan bahan yang diselenggara untuk penerbitan buku berkenaan diperoleh melalui banyak saluran antaranya pembentangan kertas kerja berkaitan konsep 1Malaysia.

"Kami berdua mengambil bahan yang ada dan memperincikan sebaik mungkin supaya pembaca lebih mudah faham mengenai konsep ini melalui penulisan esei dan huraian, bahasa yang indah serta di sokong oleh gambar menarik.

"Buku ini memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat di negara ini dan wajar dibaca oleh mahasiswa, pegawai kerajaan, pekerja swasta, pelajar sekolah kerana mengandungi banyak maklumat berguna mengenai konsep 1 Malaysia yang mengajak kita menerima keunikan di negara ini sebagai satu kelebihan," katanya.

Sementara itu, Syed Mahadzir yang sudah menulis lebih 300 buku pula berkata, tempoh masa enam bulan diperlukan untuk menyiapkan buku berkenaan yang kini sudah menerima tempahan awal sebanyak 5,000 naskhah .

"Sasaran jualan kita ialah sebanyak 100,000 buku. Setakat ini kebanyakan tempahan dibuat oleh pengedar tunggal kita iaitu Panca Suria Global serta perpustakaan negeri, universiti dan kolej," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan buku berharga RM175 senaskah itu boleh mendapatkannya dengan membuat tempahan kepada Warisan Inked melalui talian 03-55423659 atau emel kepada www.warisaninked.com atau melayari laman web wink@warisaninked.com.


Sunday, November 29, 2009

SIRI KHAZANAH WARISAN ALAM


HIMPUNAN HERBA TRADISI TERPILIH
Jilid 1 hingga Jilid 6

Penulis:
Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Prof Madya Mohd Shah A'shaari

Terdapat ratusan malah ribuan spesies tumbuhan yang ada di sekeliling kita, yang bermanfaat sebagai ubatan herba.

Dalam usaha membukukan maklumat tumbuh-tumbuhan ini, kami hanya sempat mendokumentasikan jenis herba yang sering kita lihat, tetapi tidak tahu akan khasiatnya.

Apabila disebut sahaja herba, lazimnya ramai yang akan memikirkan herba liar seperti kacip fatimah, bunga pakma dan tongkat ali sahaja. Walhal banyak lagi herba yang khasiatnya dapat menandingi tumbuhan seperti yang disebut tadi, yang mana kita telah terlepas pandang.

Dalam siri ini hanya kurang lebih dari 154 jenis herba sahaja yang dapat dibukukan , dan terlalu banyak lagi di luar sana yang perlu diambil tahu.

Buku ini bukanlah buku preskripsi tentang ubat herba, ianya hanya sebagai pengenalan kepada pembaca untuk mengenali herba yang ada disekeliling kita, yang telah digunapakai untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Maklumat yang dipaparkan banyak berhubungkait dengan amalan dan warisan turun-temurun masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Hasrat kami agar jenis herba serta penggunaannya oleh masyarakat kita, tidak akan ditelan zaman.

GAGASAN NAJIB: 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

1Malaysia adalah sebuah gagasan agung cetusan minda YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, untuk penyatuan rakyat, kemakmuran masyarakat dan kesejahteraan negara.

Terbina di atas landasan keikhlasan, 1Malaysia berperanan sebagai pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.

Buku GAGASAN NAJIB : 1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ini wajar dibaca dan dihayati oleh mahasiswa/i IPTA/IPTS, pegawaipegawai kerajaan, pekerja swasta, penuntut sekolah rendah hingga menengah, semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan seterusnya merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Buku ini merupakan buku pertama seumpamanya di Malaysia ini yang membincangkan konsep GAGASAN NAJIB dan mengupas erti 1Malaysia dengan teks dan gambar berwarna serta membincangkan 1Malaysia dari aspek apa yang diharapkan rakyat dan apa yang boleh diberi oleh pemimpin.

Maka seharusnya ianya dijadikan buku rujukan ilmiah dan penyelidikan malah wajib berada di setiap perpustakaan universiti, maktab, kolej dan sekolah-sekolah di Malaysia ini.


Saturday, November 28, 2009

WARISAN InKED

NAMA SYARIKAT :
WARISAN InKED

NO. SYARIKAT :
SA0048421-V

TARIKH PENUBUHAN :
12 FEBRUARI 2007

ALAMAT OPERASI :
NO 15 JALAN LADUNG 19/28,
SEKSYEN 19, 40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.


TEL: 603-5542 3659
FAX: 603-5543 1664
H/P : 019-351 3659 / 019-2703659
EMEL: wink@warisaninked.com

BANK SYARIKAT :
BANK MUAMALAT BERHAD
(A/C NO: 1202-0002488-71-8)


PEMEGANG SAHAM :
SHARKHIYAH BINTI AHMAD (PENGURUS)
MOHAMAD SHAH BIN A'SHAARI (PENOLONG PENGURUS)
MOHAMAD SHAKIR BIN MOHAMAD SHAH (PENOLONG PENGURUS)
MOHAMAD SHAHIR BIN MOHAMAD SHAH (PENOLONG PENGURUS)

HIGHLIGHT

HIGHLIGHT
GAGASAN NAJIB: 1Malaysia

ORDER FORM

Name:
Email Address:
Phone No:
Address:
Order:

Click here to put a form like this on your site.