Sunday, November 29, 2009
SIRI KHAZANAH WARISAN ALAM
HIMPUNAN HERBA TRADISI TERPILIH
Jilid 1 hingga Jilid 6
Penulis:
Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Prof Madya Mohd Shah A'shaari
Terdapat ratusan malah ribuan spesies tumbuhan yang ada di sekeliling kita, yang bermanfaat sebagai ubatan herba.
Dalam usaha membukukan maklumat tumbuh-tumbuhan ini, kami hanya sempat mendokumentasikan jenis herba yang sering kita lihat, tetapi tidak tahu akan khasiatnya.
Apabila disebut sahaja herba, lazimnya ramai yang akan memikirkan herba liar seperti kacip fatimah, bunga pakma dan tongkat ali sahaja. Walhal banyak lagi herba yang khasiatnya dapat menandingi tumbuhan seperti yang disebut tadi, yang mana kita telah terlepas pandang.
Dalam siri ini hanya kurang lebih dari 154 jenis herba sahaja yang dapat dibukukan , dan terlalu banyak lagi di luar sana yang perlu diambil tahu.
Buku ini bukanlah buku preskripsi tentang ubat herba, ianya hanya sebagai pengenalan kepada pembaca untuk mengenali herba yang ada disekeliling kita, yang telah digunapakai untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Maklumat yang dipaparkan banyak berhubungkait dengan amalan dan warisan turun-temurun masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
Hasrat kami agar jenis herba serta penggunaannya oleh masyarakat kita, tidak akan ditelan zaman.