Tuesday, January 26, 2010

Kupasan Gagasan 1Malaysia

Posted on 6:25 AM by elllevena

Utusan Malaysia - Isnin, 18 Januari 2010

TAJUK buku: Gagasan Najib: 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim & Mohamad Shah A'shaari

Penerbit: WARISAN INKED

ISBN: 978-967-5403-05-7

Harga: RM175.00 (Kulit Keras)

Pengulas: Dr. Wan Ab. Kadir Wan Dollah

Buku Gagasan Najib: 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan merupakan sebuah buku yang mengupas gagasan agung cetusan minda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk penyatuan rakyat, kemakmuran masyarakat dan kesejahteraan negara.

Gagasan ini terbina di atas landasan keikhlasan, satu matlamat ke arah kemajuan negara berterusan yang wajar dipaparkan kepada semua warganegara dengan rasa penerimaan yang polos dari jiwa.

Buku dengan 16 bab ini bermula dengan kupasan tentang Lapan Nilai Teras 1Malaysia meliputi definisi, perbezaan antara konsep 1Malaysia dengan Konsep Malaysian Malaysia, kedudukan konsep 1Malaysia, hubungan konsep 1Malaysia dengan dasar-dasar kerajaan terdahulu, matlamat, nilai-nilai 1Malaysia, budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan, integriti dan juga kesimpulan.

Seterusnya, buku ini membincangkan bagaimana gagasan 1Malaysia boleh menjadi nafas baru kepada perpaduan nasional, makna 1Malaysia yang sebenar, peranan perkhidmatan awam, media massa, sektor swasta, organisasi korporat, serta peranan badan-badan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

1Malaysia ibarat bunga yang harum, memarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan rakyat, mencuar aspek integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia serta pemacu mempercepatkan pencapaian Wawasan 2020. Perpaduan hanya boleh dicapai andai seluruh rakyat faham, menghayati, mengamalkan nilai murni, teras aspirasi dan perpaduan.

1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi iaitu jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara, pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang dipikul, mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin cemerlang dan komited memiliki kebolehan tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat jelata.

1Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Turut dibincang dan dikupas adalah bagaimana 1Malaysia boleh menyatukan pemikiran dan perjuangan, kenapa penjelasan tentang gagasan 1Malaysia ini penting kepada masyarakat, latar belakang konsep 1Malaysia, maksud konsep 1Malaysia, ciri-ciri khusus 1Malaysia serta nilai-nilai utama 1Malaysia.

Buku ini juga memberi penjelasan bagaimana semua agama relevan dalam menjayakan gagasan 1Malaysia, kupasan tentang gagasan 1Malaysia dalam konteks Piagam Madinah di mana beberapa perkara telah diberi keutamaan seperti pendekatan yang adil, perubahan, pengisian di bidang pendidikan, mengubah pandangan skeptikal dan lain-lain lagi.

Bab seterusnya memaparkan tentang latar belakang, kejayaan dan keperibadian Najib, impian sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam, gagasan 1Malaysia dari kacamata beliau dan perbincangan tentang konsep 1Malaysia yang tidak rigid dan bakal mengalami evolusi.

Seterusnya dipaparkan tentang gagasan 1Malaysia dalam konteks kelangsungan kegemilangan, petunjuk prestasi utama, gagasan 1Malaysia sebagai teras memperkukuhkan perpaduan dan lain-lain lagi.

Selain itu, turut dimuatkan adalah harapan Najib kepada penjawat awam, kupasan tentang penjawat awam dalam konteks mendepani cabaran ekonomi, cabaran pentadbiran termasuk modenisasi sektor awam dan juga budaya kecemerlangan.

Seterusnya harapan Najib kepada generasi belia, ucapan beliau selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia keenam, serta ucapan beliau sempena 100 hari beliau bersama rakyat.

Buku ini turut memaparkan kupasan tentang empat teras utama pembangunan negara iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, meringankan beban rakyat, terutama golongan mudah terjejas, membantu sektor swasta menghadapi krisis dan membina keupayaan masa depan.

HIGHLIGHT

HIGHLIGHT
GAGASAN NAJIB: 1Malaysia

ORDER FORM

Name:
Email Address:
Phone No:
Address:
Order:

Click here to put a form like this on your site.